Sunday, 28 December 2014

Kami Ambil Anak Angkat Comel

Uhuk uhuk uhuk.... 
Berhabuk habis.lama tak tulis apa-apa diblog ni.Asyik tertangguh saja. sedar-sedar dah lebih 8 bulan tak usik blog.

Banyak nak ditulis tapi entah mana satu nak dimulakan. Takpelah, meh nak stori sikit.Selepas gugur hari tu, masih belum ada tanda-tanda lagi. Kena banyak sabar lagi.insyaallah adalah tu nanti. 

Nak dipendekkan cerita, kami tahun 2014 ini kami tutup dengan mengambil dua anak angkat comel.SAMPAI DUA?? Alkisahnya mula-mula satu. Tapi tak sampai seminggu dah mati kena virus.Nangis saya teresak-esak campur sikit meraung. Suami jadi serba salah . Tak sampai hati agaknya.Dicari juga seminggu selepas tu pengganti.Dapat la satu .Tiba-tiba kawan dia minta ambil satu lagi ..

Nah dah jadi dua.Penyeri rumah kami Oli (4bulan) dan Romeo (2bulan).. Selamat datang ke rumah kami.Semoga mereka mendoakan kami dengan rezeki dari Allah berlimpah ruah.

~nanti cerita lagi~


Monday, 14 July 2014

Operasi Biskut Raya Buat Sendiri


Fuyooo, angan-angan memang tinggi kan, padahal tak pandai . Ramadhan dah masuk hari ke 16 , so ada la hati berangan kuat nak buat biskut raya sendiri?

Buat sendiri? Iiish boleh ke? Kang tak sedap macam mana? Ada jugak yang muntah kelabu makan biskut home made kita kan.. 

Tak kira- tak kira nak buat jugak! Hahaha. Tapi kena standby kemungkinan- kemungkinan besar yang akan timbul such as:

1. Tak ada rupa macam biskut, tak sedap
2. Rupa biskut tapi tak sedap
3. Biskut ada rupa, sedap level    
sederhana pastu malu nak tunjuk apatah lagi hidang
4. Husband, mak ayah, adik beradik ketawa guling-guling

Ayoyoyo.. Hati ndak tapi maaaalu. 

Mesti-mesti cuba! Ok jom cari resipi. 

Pernah try buat butter cookies, kesian kawan-kawan jadi bahan ujikaji kena rasa biskut I.. 
  
Bahan-bahan nyer.. Acey cey macam hebat.

Nervous tunggu 1st result


Ooops rentung at 1st kick



 Tadaaaa!!

Nak buat kuih raya nak buat kuih raya nak buat kuih raya... Hahaha

Sunday, 13 July 2014

Ramadhan ke 15...



Salam semua, 

Diam tak diam sudah masuk Ramadhan ke 15 ... Sekejap saja rasanya.Ramadhan kali ni saya tak kerja sebab keguguran. Tak apalah mungkin ada hikmahnya dan saya dan suami redha dengan segalanya. Insyaallah entri akan datang saya akan cerita tentang detik saya kehilangan kandungan saya. 

Okay jangan sedih-sedih. Dah cuti ni jom sibukkan diri dekat pejabat sementara saya ni mana lagi kalau bukan the kitchen. Nasib baik awal puasa saya dah sihat sikit, bolehla masak sikit-sikit. 

Sila la layan menu-menu sepanjang 15 hari puasa~~

Sago gula melaka ni sedap bila letak gula melaka and susu ideal banyak. Lemak-lemak manis gitu, sejuk anak tekak.

Menu-menu ringkas berbuka


Udang goreng petai
Clam soup.senang sangat  bawang putih, bawang kecil, daun bawang, daun sup ,clam . Renehkan. Dah mendidih letak garam and bawang goreng.

The next day my husband goreng kuey teow, not bad. Sedap!


Sahur I masak ringkas jer , sup telur , goreng ayam and cicah budu.. Terangkat selera.

Pastu during buka my husband minta buat badak berendam. Nasib ada salin resipi from Mama.
Proses buat doh , kuah and inti
And final result, my husband kata sedap. 1st time buat . Hehehe 



Serba sikit itu la menu berbuka and sahur.Dulu sepanjang Ramadhan main beli jer tapi sekarang dah bolehla masak sikit2.

Hehehe hari- hari dah macam makcik-makcik dah fikir nak masak ape kan. 

Nanti sembang lagi na~~ tata

Tuesday, 13 May 2014

Manisnya Kenangan Pertama Kali....

Dari hari pertama dapat berita ni masih lagi tak habis senyum-senyum macam tak sangka. Tapi itulah ketentuan Allah..setiap apa yang kita rancang Allah juga yang tentukan . Tapi janganlah kita lupa panjatkan doa , mohon padaNya sebab Dia yang akan makbulkan doa dan mendengar segalanya.Entri sebelum ni saya ada coretkan rasa hati andainya satu hari nanti kami dikurniakan cahaya mata bolehlah mereka baca. 

Sebelum ni memang banyak kali rawatan kami suami isteri telah lalui untuk mendapat zuriat nan satu. Jadi bulan lepas saya cadangkan pada suami pergi buat pemeriksaan dekat Klinik Medina Taman Melati dengan Doktor Marsita Mansor. Mula-mula dulu pergi ke KPJ tapi tak berapa nak menjadi . Entahla mungkin orang tua -tua kata tak serasi kurang bonding. Lepas dengar dari kawan-kawan cakap Dr. Marsita ni jenis yang pegang tangan kita , ajak baca doa and consultation dia lama saya rasa patut cuba. 

Memang betul Dr. Marsita ni memang bagi treatment sepenuh hati. Siap dia cakap kalau dengan dia boleh tanya apa saja biar semua teeeerang. Hihihi.. So for treatment pertama dia mintak buat sperm count and TVS .Saya cerita serba sikit hal pcos saya. Masa doktor scan memang ada nampak telur pecah and dia cakap ada good sign. Dia rasa saya bukan pcos  tapi apa-apa pun kena tunggu next period cycle. Bab suami pun dia cakap sperm kurang Ummmph so dia bagi ubat for the sperm nama Proxceed. Doktor suruh juga saya buat HCG test supaya nak pastikan tiub fallopio tak tersumbat.HCG test ini kena buat hari ke 9 period. Kata Dr. sakit siiiikit ja. Pada saya walau apa pun sakitnya saya sanggup asalkan dapat zuriat.So after jumpa doktor saya pun menghitung hari untuk datang bulan.Dr. Marsita pesan banyak- banyak doa and suami isteri mesti makan makanan sunnah. 

Tunggu punya tunggu period tak datang-datang.After kira -kira dah lewat 10 hari.Dalam hati tak putus-putus doa supaya tak payah buat hcg and berharap pregnant. Kebetulan masa tu lagi sehari nak konvo. Pening fikir macam mana nak pakai corset sebab rasa was-was krnapa tak period. Memang kat rumah ada pregnancy test kit beli masa Watson sales ada dalam 4 kotak. Saya bagitau suami kena buat pregnancy test sebab nak confirm leh pakai corset ke idak hihihi. 

Hmmmm rasa nak menitik air mata, alhamdulilah ada 2 line...
Suami yang paling gembira. Dua kali dia suruh saya test, tak cukup dengan tu dia beli pulak Clear Blue. Bila test tulis 3+ tu maksudnya dah pregnant lebih 5minggu.

Syukur ya Allah.. Kurnia yang paling manis dapat konvo dengan si kecik .Alhamdulilah . Ku pohon syukur padaMu Ya Allah. 

Nanti cerita lagi pasal first time mummy tengok si kecik kat dalam tummy !

Tuesday, 22 April 2014

Allah has better plan for me


Syukur , tak sangka dalam rasa sedih ada juga rasa manis tang buat kita lupa sekejap rasa sedih. Allah always has better plan, always.. Dalam dua tiga bulan ni i memendam rasa jer. Biarlah, memang itu dah tertulis. Hari ini rasa gembira dapat ubat rasa pedih itu.

Akhirnya after 4 years saya bertungkus lumus dan today dah boleh tutup buku degree in Administrative Science and bukak buku Master Business Admin insyaallah.

Thank you ya Allah , Kau berikan aku merasa manisnya hari ini ..



And this song for me , buat peringatan that Allah will alway has better plan for me. 


Check out this video on http://www.youtube.com/watch?v=yaUlkl3LSN0 —— Powered by #MyTube# https://itunes.apple.com/app/id726910230

Eh pandai ke??


Masa bujang dulu susah betul nak masuk dapur memasak. Semua mama sediakan walaupun mama bekerja.. Aiiishhh .. Bila dah kawin rasa rindu nak makan masakkan mama. Dulu bolehla selalu balik jumpa mama sebab Setiawangsa - Kajang sejengkal jer. Bila mama pencen dah balik Taiping jadi jarang dapat jumpa. Tak memasak bukan bererti tak reti tapi kalu lama tak buat boleh lupa juga. Rasanya saya memasak ada sikit gaya mama.. So taste tu macam tak lari sangatla  . Lepas kahwin memang saya bertekad nak masak untuk famili especially buat suami. Hehehe

So selalunya setiap sabtu saya dah susun menu lauk untuk masak and beli barang mentah kat NSK Selayang . Seronok datang sini tapi kalau salah timing barang banyak tak fresh dah .

Ni masa morning at 7.00 am .See see fresh kan


Haaa my husband memang suka bab pi market ni.

Kami jarang dapat lunch sama jadi saya prefer masak untuk dinner . Like on Sunday I cook udang petai. Sedap.. I letak petai and udang berlimpah ruah sampai my husband kata pening kepala dia makan petai.hahahaha..

And semalam  saya masak ayam masak kicap ala-ala kedai Kudu bin Abdul Nasi Kandaq. Sedap  as i letak daun kari, serbuk kari sikit, cili kering kisar , kicap and oyster sauce. Nak pedas saya tambah cili api.. Perrghhh rebus bendi , goreng papadom and telur rebus. Sebijik macam mami tanjung.


Rasa syukur sangat dah dua tahun kahwin, skill masak pun dah berkembang  tapi belum la expert sangat.. Kan Liana kan , i told you already you boleh masak punya, jangan under estimate diri sendiri hoookay!!

~~adioos~~

Wednesday, 15 January 2014

Final Exam

Pecutan terakhir nih ..Tapi duk pening-pening lalat lagi . Banyak lagi chapter belum habis baca.Naik kecut perut pulak.Ya Allah permudahkanlah urusan ku..Harap Sabtu ni boleh la jawab dengan baiknya..Final year memang seram la.. Entahla kenapa macam susah nak menghafal sekarang ni.. Otak macam sikit tepu.Mungkin jugak ni bukan  peberet subjek kot.Nak ke tak , minat ke idak , redah jer la jugak..6 chapter lagi nak kejar sebelum final Sabtu ni.Berdebar tunggu Sabtu tapi tak sabar nak tunggu Ahad.

Dah..dah jom sambung pulun study yer Senah.

Tuesday, 7 January 2014

D.I.Y Bunga Penanggah/Rozek/Corsage/ Bunga Mentara Kenduri Abang



Macam-macam nama kita panggil kan.Kiranya kalau kenduri kalau tak ada bunga manggar and bunga penanggah tak sah la kan..Dulu kalau dekat kampung kita letak duit untuk gang rewang bagi naik semangat gotong royong.Tapi bunga penanggah dah bertukar fungsi sekarang untuk bagi jurukamera kenal anak pinak pengantin dan tak kurang juga buat tetamu kenal .Sekarang trend orang buat macam lencana tulis "ayah pengantin" , "mak pengantin" , "mak long ", "pak lang"...tapi kalau keluarga kita orang jenuh jugak.Ramai sangat , semua rapat.Nanti sorang nak semua pun nak.Dari si kecik sampai la yang veteran kan .Senang keje, jimat ongkos kita buat cara lama.Buat yang biasa-biasa jer.Apa lagi, hari ni lepas keje terus pecut pergi Kaison dekat Festival City Mall cari bunga nak buat bunga penanggah.
Misi mencari bunga sedang bermula...
Memandankan pengantin pakai tema merah, jadi bunga penangah memang dah set nak ikut warna tema pengantin.Jadi bunga kat bawah ni lah pilihan hati.Lama jugak nak membelek.
Untuk bunga foam macam ni 36 kuntum RM18..oklah dalam 50sen sekuntum .Saya angkat dua plastik.Nanti tambah sikit manik atas kelopak biar nampak lagi manis.hahaha...hasilnya kita update nanti.
Saya tak pasti sama ada kedai lain lagi murah atau tak, tapi pada saya okla harga masih dalam budget.Sayanglah kat sini tak jual manik .Kalau tak dah senang kerja dah. Takpelah , sabtu ni kita tawaf jalan TAR.