Diam tak diam sudah masuk Ramadhan ke 15 ... Sekejap saja rasanya.Ramadhan kali ni saya tak kerja sebab keguguran. Tak apalah mungkin ada hikmahnya dan saya dan suami redha dengan segalanya. Insyaallah entri akan datang saya akan cerita tentang detik saya kehilangan kandungan saya.
Okay jangan sedih-sedih. Dah cuti ni jom sibukkan diri dekat pejabat sementara saya ni mana lagi kalau bukan the kitchen. Nasib baik awal puasa saya dah sihat sikit, bolehla masak sikit-sikit.
Sila la layan menu-menu sepanjang 15 hari puasa~~
Sago gula melaka ni sedap bila letak gula melaka and susu ideal banyak. Lemak-lemak manis gitu, sejuk anak tekak.
Menu-menu ringkas berbuka
Clam soup.senang sangat bawang putih, bawang kecil, daun bawang, daun sup ,clam . Renehkan. Dah mendidih letak garam and bawang goreng.
The next day my husband goreng kuey teow, not bad. Sedap!
Pastu during buka my husband minta buat badak berendam. Nasib ada salin resipi from Mama.
And final result, my husband kata sedap. 1st time buat . Hehehe
Hehehe hari- hari dah macam makcik-makcik dah fikir nak masak ape kan.
Nanti sembang lagi na~~ tata
No comments:
Post a Comment