Monday, 14 July 2014

Operasi Biskut Raya Buat Sendiri


Fuyooo, angan-angan memang tinggi kan, padahal tak pandai . Ramadhan dah masuk hari ke 16 , so ada la hati berangan kuat nak buat biskut raya sendiri?

Buat sendiri? Iiish boleh ke? Kang tak sedap macam mana? Ada jugak yang muntah kelabu makan biskut home made kita kan.. 

Tak kira- tak kira nak buat jugak! Hahaha. Tapi kena standby kemungkinan- kemungkinan besar yang akan timbul such as:

1. Tak ada rupa macam biskut, tak sedap
2. Rupa biskut tapi tak sedap
3. Biskut ada rupa, sedap level    
sederhana pastu malu nak tunjuk apatah lagi hidang
4. Husband, mak ayah, adik beradik ketawa guling-guling

Ayoyoyo.. Hati ndak tapi maaaalu. 

Mesti-mesti cuba! Ok jom cari resipi. 

Pernah try buat butter cookies, kesian kawan-kawan jadi bahan ujikaji kena rasa biskut I.. 
  
Bahan-bahan nyer.. Acey cey macam hebat.

Nervous tunggu 1st result


Ooops rentung at 1st kick



 Tadaaaa!!

Nak buat kuih raya nak buat kuih raya nak buat kuih raya... Hahaha

Sunday, 13 July 2014

Ramadhan ke 15...



Salam semua, 

Diam tak diam sudah masuk Ramadhan ke 15 ... Sekejap saja rasanya.Ramadhan kali ni saya tak kerja sebab keguguran. Tak apalah mungkin ada hikmahnya dan saya dan suami redha dengan segalanya. Insyaallah entri akan datang saya akan cerita tentang detik saya kehilangan kandungan saya. 

Okay jangan sedih-sedih. Dah cuti ni jom sibukkan diri dekat pejabat sementara saya ni mana lagi kalau bukan the kitchen. Nasib baik awal puasa saya dah sihat sikit, bolehla masak sikit-sikit. 

Sila la layan menu-menu sepanjang 15 hari puasa~~

Sago gula melaka ni sedap bila letak gula melaka and susu ideal banyak. Lemak-lemak manis gitu, sejuk anak tekak.

Menu-menu ringkas berbuka


Udang goreng petai
Clam soup.senang sangat  bawang putih, bawang kecil, daun bawang, daun sup ,clam . Renehkan. Dah mendidih letak garam and bawang goreng.

The next day my husband goreng kuey teow, not bad. Sedap!


Sahur I masak ringkas jer , sup telur , goreng ayam and cicah budu.. Terangkat selera.

Pastu during buka my husband minta buat badak berendam. Nasib ada salin resipi from Mama.
Proses buat doh , kuah and inti
And final result, my husband kata sedap. 1st time buat . Hehehe 



Serba sikit itu la menu berbuka and sahur.Dulu sepanjang Ramadhan main beli jer tapi sekarang dah bolehla masak sikit2.

Hehehe hari- hari dah macam makcik-makcik dah fikir nak masak ape kan. 

Nanti sembang lagi na~~ tata