Thursday, 1 December 2016

1st Birthday for My Little Nur

1st Birthday for My Little Nur


Buat kenang-kenangan . Bila Erina lahir , mummy dan daddy sangat gembira . Tak sangka setelah beberapa tahun kami tunggu finally Allah kurniakan kami seorang bayi comel . 

I was in labour for 13hours . Sakit tau . I had Induced twice and epidural twice as well . No choice , kena ceaser pulak . Syukur my baby lahir dengan selamat and I'm happy to be a mom .

Sudah setahun rupanya . Tak sangka . So, mummy and daddy decide to do a small birthday celebration . Buat kenangan . Mummy and daddy book a room at Lexis Hibcuis PD , print a matching shirt for us and invite your Papa Long and Ibu Long together with your cousin kakak Malaeka and of course Opah and Wan are happy to be there as well .

Here a photo of us to be remember .... 

My Fairy Princess

us....





Tuesday, 4 October 2016

My Little Nur

Kalau nak disusun setiap kenangan manis memang banyak . Tapi ada yang antaranya terpaling manis dan kita akan ingat sampai bila-bila . Tak lupa kenangan pahit . Itupun kita boleh simpan dan ingat sampai bila-bila .

Antara kenangan paling manis adalah pertama kali mengandung . Tapi kenangan manis pertama kali itu boleh jadi sedih. Saya gugur selepas beberapa minggu sah mengandung anak pertama . Sudahla yang pertama , dan menunggu untuk pertama kali mengandung juga lama. Lapan bulan selepas gugur Allah ganti yang baru . Sekali lagi saya sah mengandung . Kali ini lebih berhati-hati . Semua langkah keselamatan saya ambil dari segi pemakanan, aktiviti harian mahupun perkara-perkara stress saya cuba elakkan .

Hari kelahiran anak pertama kami , hati ini girang bukan kepalang . 13 jam menahan sakit terus dah tak ingat . Senyum-senyum saya dan husband sepanjang hari . Rasa lega bila bayi pertama kami selamat dilahirkan . Proses kelahiran yang sangat panjang pun akan jadi satu kenangan buat saya .

Bila masa berpantang , saya pulang ke kampung . Pertama kali juga emak saya jaga anaknya berpantang . Sebelum ini abang dan adik lelaki saya , isteri mereka berpantang di rumah emak masing-masing . Berpantang cara emak saya mudah . Makanan berkhasiat jadi keutamaan . Tak perlu ikut secara tradisional sangat . Kata dia , biar emak dan bayi sihat . Tapi anak sulung kami ni jaundis agak lama . Mula-mula risau juga. Tapi bila doktor beritahu dia hanya breastfeeding jaundice terus lega. Dua bulan juga baru hilang .

Dari pandai senyum masa tidur, menyahut bila diagah , belajar meniarap dan sekarang dia sudah boleh merangkak .Tak lama lagi boleh berjalan . Tunggu masa nak keluar ayat "mummy" dan "daddy" juga tu .

Bulan ni setahun umur dia . Macam tak percaya . tak ada yang lagi seronok dan syukur.Masa berjalan cepat betul . Macam disangka-sangka . Yelah , betul kata orang , kita ni sanggup buat apa saja demi si anak seorang .





Sunday, 28 December 2014

Kami Ambil Anak Angkat Comel

Uhuk uhuk uhuk.... 
Berhabuk habis.lama tak tulis apa-apa diblog ni.Asyik tertangguh saja. sedar-sedar dah lebih 8 bulan tak usik blog.

Banyak nak ditulis tapi entah mana satu nak dimulakan. Takpelah, meh nak stori sikit.Selepas gugur hari tu, masih belum ada tanda-tanda lagi. Kena banyak sabar lagi.insyaallah adalah tu nanti. 

Nak dipendekkan cerita, kami tahun 2014 ini kami tutup dengan mengambil dua anak angkat comel.SAMPAI DUA?? Alkisahnya mula-mula satu. Tapi tak sampai seminggu dah mati kena virus.Nangis saya teresak-esak campur sikit meraung. Suami jadi serba salah . Tak sampai hati agaknya.Dicari juga seminggu selepas tu pengganti.Dapat la satu .Tiba-tiba kawan dia minta ambil satu lagi ..

Nah dah jadi dua.Penyeri rumah kami Oli (4bulan) dan Romeo (2bulan).. Selamat datang ke rumah kami.Semoga mereka mendoakan kami dengan rezeki dari Allah berlimpah ruah.

~nanti cerita lagi~


Monday, 14 July 2014

Operasi Biskut Raya Buat Sendiri


Fuyooo, angan-angan memang tinggi kan, padahal tak pandai . Ramadhan dah masuk hari ke 16 , so ada la hati berangan kuat nak buat biskut raya sendiri?

Buat sendiri? Iiish boleh ke? Kang tak sedap macam mana? Ada jugak yang muntah kelabu makan biskut home made kita kan.. 

Tak kira- tak kira nak buat jugak! Hahaha. Tapi kena standby kemungkinan- kemungkinan besar yang akan timbul such as:

1. Tak ada rupa macam biskut, tak sedap
2. Rupa biskut tapi tak sedap
3. Biskut ada rupa, sedap level    
sederhana pastu malu nak tunjuk apatah lagi hidang
4. Husband, mak ayah, adik beradik ketawa guling-guling

Ayoyoyo.. Hati ndak tapi maaaalu. 

Mesti-mesti cuba! Ok jom cari resipi. 

Pernah try buat butter cookies, kesian kawan-kawan jadi bahan ujikaji kena rasa biskut I.. 
  
Bahan-bahan nyer.. Acey cey macam hebat.

Nervous tunggu 1st result


Ooops rentung at 1st kick



 Tadaaaa!!

Nak buat kuih raya nak buat kuih raya nak buat kuih raya... Hahaha

Sunday, 13 July 2014

Ramadhan ke 15...



Salam semua, 

Diam tak diam sudah masuk Ramadhan ke 15 ... Sekejap saja rasanya.Ramadhan kali ni saya tak kerja sebab keguguran. Tak apalah mungkin ada hikmahnya dan saya dan suami redha dengan segalanya. Insyaallah entri akan datang saya akan cerita tentang detik saya kehilangan kandungan saya. 

Okay jangan sedih-sedih. Dah cuti ni jom sibukkan diri dekat pejabat sementara saya ni mana lagi kalau bukan the kitchen. Nasib baik awal puasa saya dah sihat sikit, bolehla masak sikit-sikit. 

Sila la layan menu-menu sepanjang 15 hari puasa~~

Sago gula melaka ni sedap bila letak gula melaka and susu ideal banyak. Lemak-lemak manis gitu, sejuk anak tekak.

Menu-menu ringkas berbuka


Udang goreng petai
Clam soup.senang sangat  bawang putih, bawang kecil, daun bawang, daun sup ,clam . Renehkan. Dah mendidih letak garam and bawang goreng.

The next day my husband goreng kuey teow, not bad. Sedap!


Sahur I masak ringkas jer , sup telur , goreng ayam and cicah budu.. Terangkat selera.

Pastu during buka my husband minta buat badak berendam. Nasib ada salin resipi from Mama.
Proses buat doh , kuah and inti
And final result, my husband kata sedap. 1st time buat . Hehehe 



Serba sikit itu la menu berbuka and sahur.Dulu sepanjang Ramadhan main beli jer tapi sekarang dah bolehla masak sikit2.

Hehehe hari- hari dah macam makcik-makcik dah fikir nak masak ape kan. 

Nanti sembang lagi na~~ tata

Tuesday, 13 May 2014

Manisnya Kenangan Pertama Kali....

Dari hari pertama dapat berita ni masih lagi tak habis senyum-senyum macam tak sangka. Tapi itulah ketentuan Allah..setiap apa yang kita rancang Allah juga yang tentukan . Tapi janganlah kita lupa panjatkan doa , mohon padaNya sebab Dia yang akan makbulkan doa dan mendengar segalanya.Entri sebelum ni saya ada coretkan rasa hati andainya satu hari nanti kami dikurniakan cahaya mata bolehlah mereka baca. 

Sebelum ni memang banyak kali rawatan kami suami isteri telah lalui untuk mendapat zuriat nan satu. Jadi bulan lepas saya cadangkan pada suami pergi buat pemeriksaan dekat Klinik Medina Taman Melati dengan Doktor Marsita Mansor. Mula-mula dulu pergi ke KPJ tapi tak berapa nak menjadi . Entahla mungkin orang tua -tua kata tak serasi kurang bonding. Lepas dengar dari kawan-kawan cakap Dr. Marsita ni jenis yang pegang tangan kita , ajak baca doa and consultation dia lama saya rasa patut cuba. 

Memang betul Dr. Marsita ni memang bagi treatment sepenuh hati. Siap dia cakap kalau dengan dia boleh tanya apa saja biar semua teeeerang. Hihihi.. So for treatment pertama dia mintak buat sperm count and TVS .Saya cerita serba sikit hal pcos saya. Masa doktor scan memang ada nampak telur pecah and dia cakap ada good sign. Dia rasa saya bukan pcos  tapi apa-apa pun kena tunggu next period cycle. Bab suami pun dia cakap sperm kurang Ummmph so dia bagi ubat for the sperm nama Proxceed. Doktor suruh juga saya buat HCG test supaya nak pastikan tiub fallopio tak tersumbat.HCG test ini kena buat hari ke 9 period. Kata Dr. sakit siiiikit ja. Pada saya walau apa pun sakitnya saya sanggup asalkan dapat zuriat.So after jumpa doktor saya pun menghitung hari untuk datang bulan.Dr. Marsita pesan banyak- banyak doa and suami isteri mesti makan makanan sunnah. 

Tunggu punya tunggu period tak datang-datang.After kira -kira dah lewat 10 hari.Dalam hati tak putus-putus doa supaya tak payah buat hcg and berharap pregnant. Kebetulan masa tu lagi sehari nak konvo. Pening fikir macam mana nak pakai corset sebab rasa was-was krnapa tak period. Memang kat rumah ada pregnancy test kit beli masa Watson sales ada dalam 4 kotak. Saya bagitau suami kena buat pregnancy test sebab nak confirm leh pakai corset ke idak hihihi. 

Hmmmm rasa nak menitik air mata, alhamdulilah ada 2 line...
Suami yang paling gembira. Dua kali dia suruh saya test, tak cukup dengan tu dia beli pulak Clear Blue. Bila test tulis 3+ tu maksudnya dah pregnant lebih 5minggu.

Syukur ya Allah.. Kurnia yang paling manis dapat konvo dengan si kecik .Alhamdulilah . Ku pohon syukur padaMu Ya Allah. 

Nanti cerita lagi pasal first time mummy tengok si kecik kat dalam tummy !

Tuesday, 22 April 2014

Allah has better plan for me


Syukur , tak sangka dalam rasa sedih ada juga rasa manis tang buat kita lupa sekejap rasa sedih. Allah always has better plan, always.. Dalam dua tiga bulan ni i memendam rasa jer. Biarlah, memang itu dah tertulis. Hari ini rasa gembira dapat ubat rasa pedih itu.

Akhirnya after 4 years saya bertungkus lumus dan today dah boleh tutup buku degree in Administrative Science and bukak buku Master Business Admin insyaallah.

Thank you ya Allah , Kau berikan aku merasa manisnya hari ini ..



And this song for me , buat peringatan that Allah will alway has better plan for me. 


Check out this video on http://www.youtube.com/watch?v=yaUlkl3LSN0 —— Powered by #MyTube# https://itunes.apple.com/app/id726910230