Kalau nak disusun setiap kenangan manis memang banyak . Tapi ada yang antaranya terpaling manis dan kita akan ingat sampai bila-bila . Tak lupa kenangan pahit . Itupun kita boleh simpan dan ingat sampai bila-bila .
Antara kenangan paling manis adalah pertama kali mengandung . Tapi kenangan manis pertama kali itu boleh jadi sedih. Saya gugur selepas beberapa minggu sah mengandung anak pertama . Sudahla yang pertama , dan menunggu untuk pertama kali mengandung juga lama. Lapan bulan selepas gugur Allah ganti yang baru . Sekali lagi saya sah mengandung . Kali ini lebih berhati-hati . Semua langkah keselamatan saya ambil dari segi pemakanan, aktiviti harian mahupun perkara-perkara stress saya cuba elakkan .
Hari kelahiran anak pertama kami , hati ini girang bukan kepalang . 13 jam menahan sakit terus dah tak ingat . Senyum-senyum saya dan husband sepanjang hari . Rasa lega bila bayi pertama kami selamat dilahirkan . Proses kelahiran yang sangat panjang pun akan jadi satu kenangan buat saya .
Bila masa berpantang , saya pulang ke kampung . Pertama kali juga emak saya jaga anaknya berpantang . Sebelum ini abang dan adik lelaki saya , isteri mereka berpantang di rumah emak masing-masing . Berpantang cara emak saya mudah . Makanan berkhasiat jadi keutamaan . Tak perlu ikut secara tradisional sangat . Kata dia , biar emak dan bayi sihat . Tapi anak sulung kami ni jaundis agak lama . Mula-mula risau juga. Tapi bila doktor beritahu dia hanya breastfeeding jaundice terus lega. Dua bulan juga baru hilang .
Dari pandai senyum masa tidur, menyahut bila diagah , belajar meniarap dan sekarang dia sudah boleh merangkak .Tak lama lagi boleh berjalan . Tunggu masa nak keluar ayat "mummy" dan "daddy" juga tu .
Bulan ni setahun umur dia . Macam tak percaya . tak ada yang lagi seronok dan syukur.Masa berjalan cepat betul . Macam disangka-sangka . Yelah , betul kata orang , kita ni sanggup buat apa saja demi si anak seorang .