Berhabuk habis.lama tak tulis apa-apa diblog ni.Asyik tertangguh saja. sedar-sedar dah lebih 8 bulan tak usik blog.
Banyak nak ditulis tapi entah mana satu nak dimulakan. Takpelah, meh nak stori sikit.Selepas gugur hari tu, masih belum ada tanda-tanda lagi. Kena banyak sabar lagi.insyaallah adalah tu nanti.
Nak dipendekkan cerita, kami tahun 2014 ini kami tutup dengan mengambil dua anak angkat comel.SAMPAI DUA?? Alkisahnya mula-mula satu. Tapi tak sampai seminggu dah mati kena virus.Nangis saya teresak-esak campur sikit meraung. Suami jadi serba salah . Tak sampai hati agaknya.Dicari juga seminggu selepas tu pengganti.Dapat la satu .Tiba-tiba kawan dia minta ambil satu lagi ..
Nah dah jadi dua.Penyeri rumah kami Oli (4bulan) dan Romeo (2bulan).. Selamat datang ke rumah kami.Semoga mereka mendoakan kami dengan rezeki dari Allah berlimpah ruah.