Sunday, 22 December 2013

Sabarlah Wahai Hati..

 To all anak-anak mummy , tahu tak mummy and daddy memang tak sabar menunggu kalian lahir.Macam-macam usaha kami berdua.Dari tukang urut, mak bidan, mintak air ustaz,ustazah ,pergi jumpa doktor , makan berjenis-jenis supplement dan berpuluh-puluh ovulation and pregnancy test kit.

Doa kami tak pernah putus dan macam tu jugak dengan air mata mummy yang tak pernah kering..Kami pujuk hati sendiri , apa la nasib kami , sayu bukan kepalang .Perasaan tak sabar lebih banyak dari semuanya.

Mummy bersyukur daddy adalah jodoh mummy .Bila ada daddy , rasa sedih dan risau tu kurang.Mungkin daddy bukanlah seromantik Richard Gere, hero filem Pretty Women ataupun semanis watak suami dalam buku P.S I Love You.Tapi cukuplah untuk tenangkan perasaan mummy yang halus jiwanya ini.Dia dengan tenang bawa mummy sana sini , habiskan wang dan tenaga semata mata untuk dapatkan anugerah yang satu ini iaitu KAMU .Rasanya pengetahuan daddy pasal kesihatan organ dalaman wanita pun lebih baik dari mummy.hahaha.Mana tidak nya anak-anak oiii, kalau sudah tiap masa google baca untuk cari apa yang tak kena and cari tips cepat hamil...aissssh susahnya .

Bila kami diuji begini, tiada tempat lain , tiada siapa lagi kami perlu meminta melainkan NYA yang maha satu.Kami pohon rahmatnya,kasih sayangnya untuk makbulkan rezeki kepada kami yang tak terhingga.Mungkin rezeki anak itu belum ada , tapi Dia beri kami rezeki yang tak pernah putus dari segi wang ringgit, kenaikkan pangkat dan kesihatan yang baik.

Lagi sebulan ialah hari jadi mummy dan lagi sebulan lebih juga ulang tahun perkahwinan kami yang kedua.Sayangku, masih belum ada tanda                        kehadiran kalian .Tak apalah , mungkin tak lama lagi buat hadiah hari jadi agaknya ataupun hadiah ulang tahun kami.

 Coretan perjalanan mendapatkan kalian ini bukanlah untuk meminta balasan setiap ikhtiar, kudrat, pulus serta doa yang tak pernah lekang.Ini hanyalah buat kenangan perjalanan keluarga kita untuk masa akan datang. Kami tanam benih kasih sayang bukan hanya bila kalian sudah lahir dan besar tapi sejak nyawa kalian masih terawang-awang dialam roh.

Kalau mummy and daddy tegur dan marah , dengarlah.Kalau kami tanya, jawablah dengan baik dan lembut.Kalau kami peluk kamu , cium dan cakap i love you, balaslah kembali  , dalam doa kalian ingatlah kami  dan Kalau nanti kami duduk jauh dari kamu,jenguk dan telefonlah sebab kami cepat rindu.Rindu yang tak pernah pun kurang dari awal sampai sekarang.Wahai anak -anak kami, seberapa ramai pun kalian nanti coretan ini untuk kalian semua.Simpanlah dalam hati kalian yang kami sayang kalian lebih dari semua benda yang ada.May Allah ease and guide our journey my dear children.

~~~Assalamualaikum....07.01.14 @1515hrs~~~

Love, 
mummy

Sunday, 1 December 2013

Kawan Kita Dulu

Kalau nak cerita pasal dulu lah kan memang la banyak hal. Tapi zaman sekolah paling best..Masa tu kawan la yang kita sayang sangat pun ape -ape hal share dengan kawan.Masa time Sekolah dekat Sekolah Menengah Convent Taiping tu best moment kiranya.Dulu jenis main gang -gang.Jadi kita orang ni kiranya group in the middle lah..Ada group yang ayu,  soft spoken stok baik, ada group cam we all tak brapa nakal tapi rajin gak buat jahat but bila kantoi takut tergedik gedik.Ada satu group lagi ni memang group tak takut punya.Ni memang gang hati keras setakat kena marah time perhimpunan apederhal tak mencabar la kan.

So group kita orang ni ada sembilan orang (myself, ili,akmal,intan, shaggy, mira,mimi, mas and miza)..bahahaha ramai kan.Kita dulu tusyen sekali, kelas sekali, ikut rombongan sama and main hoki pun sekali.Kami memang baiklah. Siap kalau salam pun ada caranya.Time tu I lah paling halus. Boipren pun takde.Setakat had a crush dengan mamat -mamat kat tempat tuisyen je.

Bila dapat result PMR, I masuk asrama..Masa mula-mula tu bila time balik kampung ada jugak jumpa they all.Tapi lepas tu dah makin kurang.Sampai lah sekarang dah tak jumpa.Rindulah.

Ni pun kebetulan balik kampung,  adik Shaggy kahwin dapatla jumpa dia.Tapi tak boleh borak lelama..

Thursday, 28 November 2013

Persiapan Perkahwinan My Brother

Hello December..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 12..cepatnya!Cuti sekolah ni ramai la pulak yang buat wedding,  majlis bertunang and masuk jawi pun ada. Macam I yang takde anak sekolah taklah kalut sangat nak buat activity school holidays.Just balik kampung jengok orang tua and plan nak pergi majlis sepupu bertunang jer.

Haaa nanti bulan dua baru la kalut sikit..My brother nak kahwin. Confirmlah I macam mak andam jadian jadik nyer.Banyak benda dikepala cadangnya. Tapi satu pun tak gerak lagi.Tang berangan boleh laaa bab jadi ke idak tak la pasti kan.

Projek D.I.Y banyak nak kena buat.cadangnya nak buat pelamin sendiri, nak buat guest book,  nak buat bilik pengantin sendiri, nak buat cookies buat tetamu yang sign guest book.Tu belum masuk nak pikir doorgift buat tetamu yang datang.

Hmmmm hmmm hmmm..... Sempat ka...dah feeling -feeling project manager dah.

Nah layan la dulu sketch pelamin..

Barang-barang nak buat pelamin:
-Fresh flowers
-Bantal
-Lampu spot light
-Karpet bulus (rasanyar dekat kamdar ada)
-Kain untuk pelamin
-Meja letak bunga(IKEA mari)
-Stage
-Pasu
-candle Lantern(kalau dapat murah dari IKEA pun bagus)
-Paper lantern (pakai balik masa kenduri my adik hari tu)
-sewa alat renjis
-sewa kerusi pelamin
-sewa jackstand (ni untuk backdrop pelamin)

Tu jer kot..ye ke?hantam sajalah.

Wednesday, 17 July 2013

salam Ramadhan

Masih belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan salam Ramadhan kan  walaupun sudah seminggu . Hari ni rasa penat sikit , bangun pagi pukul 3 pagi , minum air 1.5liter dengan 3 biji kurma . Terus bergegas nak ke KLIA untuk ke KK .

Habis kerja semua , apa lagi pergi Pasar Pilipino la... Dari Imigresen tadi duk teringat ketam celup tepung sama sotong bakar dia..

~~selamat berbuka puasa semua~~